fbpx

Setiap kali ibu melahirkan anak, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah mahu menatap dan menyentuh anak dengan penuh belaian manja.

Namun, perkara itu tidak terjadi buat seorang ibu ini apabila dia disyaki Covid-19 ketika melahirkan bayinya. Kisah itu diceritakan oleh seorang doktor bernama Redza Zainol di dalam laman Facebook.

Ibu berstatus PUI Covid-19

Menerusi hantaran doktor tersebut, ibu yang berusia 29 tahun itu berstatus PUI Covid-19 iaitu Person Under Investigation, menjalani pembedahan untuk melahirkan bayinya

Jiran sebelah rumah positif Covid-19

Difahamkan, ibu tersebut sudah lima hari demam dan batuk, dia terpaksa menjalani saringan dan kuarantin selepas dimaklumkan jiran disebelah rumah telah positif Covid-19.

Ini kes pertama

Berat hati nak pisahkan anak dan ibu

Tambahnya, hati semakin sayu tatkala melihat ibu tersebut terpaksa menahan sakit dalam keadaan dirinya bergejala Covid-19. Namun, mujurlah segalanya berjalan lancar.

Lepas melahirkan ibu terus dihantar ke bilik isolasi

Selepas melahirkan ibu tersebut hanya sempat melihat sekejap sahaja baiknya sebelum kedua-dua mereka dipisahkan kerana ibu itu perlu dihantar semula ke bilik isolasi.

[fbcomments]