Pesawat khas misi kedua yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 6.50 pagi ini.
Pesawat AirAsia AK8265 yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan pada jam 1.45 pagi tadi membawa 66 penumpang yang bermastautin di Wuhan dan kawasan sekitar.
Enam orang tidak dibenarkan naik pesawat, tidak lepas saringan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri, daripada 75 rakyat Malaysia yang pada asalnya dijadualkan pulang ke tanah air, sembilan tidak dapat berbuat demikian.
“Enam orang yang hadir di lapangan terbang tidak dapat menaiki pesawat tersebut disebabkan isu kesihatan selepas melalui proses saringan kesihatan di lapangan terbang.
“Seorang menarik diri atas faktor kesihatan tanpa hadir ke lapangan terbang manakala seorang lagi tidak dapat turut serta disebabkan komitmen kerja.”
“Seorang lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat meninggalkan Wuhan atas masalah logistik. Beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk ke lapangan terbang,” kata kenyataan tersebut.
Anak kecil juga perlu menjalani ujian saringan
Tiada yang terkecuali dari saringan kesihatan dan kepada sesiapa yang mempunya simptom covid-19 akan dikuarantin terlebih dahulu.