fbpx

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan satu lagi berita kematian melibatkan Covid-19. Kematian tersebut merupakan kes yang ke-152 yang telah disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang, hari ini.

Daripada kluster jemaah tabligh

Kes yang ke-152 ini melibatkan seorang lelaki warganegara yang berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur, tempoh hari.

Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tawau sejak 9 Mac 2020 lalu dan diberi bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke ICU.

[fbcomments]