Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah pergi ke Zoo Negara bagi memberikan sumbangan makanan buat haiwan-haiwan disana.
Menerusi maklumat ketika itu, Zoo Negara telah kekurangan dana berikutan terpaksa berhadapan dengan pandemik yang melanda.
Bantuan 200kg daging segar
Hari ini, sekali lagi beliau telah datang memberi bantuan makanan kepada Zoo Negara dengan memberikan 200kg daging segar bagi diagihkan kepada haiwan-haiwan tersebut.
Sayu je rasa, dapat permintaan dari Zoo Negara kekurangan dana kerana PKP. Balik dari Kelantan semalam pagi ini terus saya ke Zoo Negara bersama bawa 200 kg daging segar. Kami juga fikir bagaimana nak bantu dana Zoo Negara dan terus maju ke depan. Hari ini saya bawa 200 kg daging.


Ebit turut meluangkan masa memberi makan buluh kepada dua panda yang ada di situ.
Hal ini dikongsikan sendiri Ebit Lew di media sosial miliknya dengan menyatakan bahawa Zoo Negara masih bergelut dengan isu dana untuk membiayai makanan dan pengurusan zoo.
Doakan ya buat Zoo Negara, kagum tengok makhluk ALLAH, semua ada pelajaran di sebaliknya.