Satu tengkorak dan rangka manusia ditemukan seorang pekerja penyelenggaraan Lebuhraya Utara Selatan berhampiran sebuah kereta di kawasan cerun di Kilometer (KM) 122.4 Yong Peng-Pagoh.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat memberitahu, tengkorak dan rangka manusia itu ditemukan pekerja berkenaan pada jam 1.10 petang ketika sedang membersihkan longkang.

Terdapat kemungkinan ada kaitan dengan satu laporan polis berkenaan seorang lelaki hilang yang dibuat pada Jun lalu.

Mangsa dipercayai memandu kereta Hyundai Sonata sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke cerun berkenaan.

Keadaan kereta terlindung

Menurut kenyataan media, siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya.

Beliau turut berkata, tengkorak dan rangka manusia itu dihantar ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


[fbcomments]