fbpx

Apabila kerajaan telah menamatkan PKPB dan membenarkan perjalanan merentas negeri, berpusu-pusulah anak perantauan pulang mahu berjumpa dengan ibu dan ayah di kampung.

Namun, buat kisah seorang wanita dikenali sebagai Ana Muney, apabila kepulangan disambut dengan berita kematian ibu yang tercinta.

Ketika tempoh PKP, kawalan memang ketat dan jika tiada alasan yang kukuh memang tidak dibenarkan merentas negeri. Oleh itu, Ana memendam rindu untuk berjumpa ibunya di kampung sehingga PKP tamat.

Ibu meninggal ketika PKP

Ibunya yang dijaga adik, dikatakan sering demam dek kerana terlalu rindukan anak-anak yang lain

“Masa PKP janji dengan adik-bradik, nak balik kampung sama-sama, lepads dah habis smua ni (covid-19), nak peluk mak erat-erat sebab mak kerap sangat demam sejak PKP ni adik yang jaga mak, dia kata sebab PKP ni,mak demam rindu, mak terlalu rindu anak-anak…”

Dah rancang macam-macam untuk mak

Katanya lagi, dia telah rancang bermacam-macam apabila PKP tamat, antaranya mahu membawa ibunya datang ke Pahang untuk menyambut majlis akikah anak ketiganya.

“Semuanya jadi dengan cepat dan masa PKP pulak, mak tenat sekejap sangat trus msuk ICU dan meninggal, macam mimpi, sedih bila kenangkan dah rancang macam-macam termasuk la nak bawa mak mai Pahang untuk akikah ank ketiga cucu ni pun mak tak sempat tengok…”

Hanya sekujur tubuh kaku

Runtunya jiwa anak, apabila pulang hanya dinanti sekujur tubuh ibu kaku berbalut kain putih sudah tidak lagi bernyawa, masih terngiang-ngiang perbualan bersama ibu.

“Pelukan dan ciuman terakhir kami anak-anak hanyalah sekujur tubuh ibu kaku sejuk dibalut kain putih, Setiap kali cakap fon itu yang dibualkan mak (tak sabar nak tengok cucu baru) Tahun ni bukan saja PKP mnjadi kenangan, pemergian mak juga bakal dikenang kami adik bradik..tolong doakan ibu saya…”

[fbcomments]