Sampai hati perut. Anak saya sampai buang limpa
Video rakaman CCTV tindakan seorang pemandu tidak bertanggungjawab telah membuat Pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan di Cheras telah mengundang kemarahan netizen.
Mangsa terpaksa jalani pembedahan buang limpa
Apatah lagi pemandu yang tidak bertanggungjawab itu bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.
Menurut laporan, kejadian langgar lari itu dilaporkan berlaku di Jalan Suadamai 4/1, Cheras.
Mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki telah mengalami kecederaan di bahagian perut sehingga terpaksa membuat pembedahan membuang limpa.
Pemandu Myvi sedang dikesan
Apa yang membuatkan bapa mangsa tidak berpuas hati adalah apabila kereta tersebut bertindak melarikan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.
Susulan daripada itu, bapa mangsa dalam usaha mahu mencari pemandu kereta Myvi tersebut kerana difahamkan sehingga ke hari ini pemandu berkenaan tidak datang bersemuka dengannya.