Masihkah korang ingat dengan krisis rumah tangga Da’i Farhan bersama kedua-dua bekas isterinya, Fatin dan Erin?

Tapi terbaru ni, timbul pula persoalan dan tanda tanya mengenai pendakwah bebas ini dimana dia telah memuat naik gambar sambutan raya di IG Story miliknya bersama bekas isteri pertama dan anak-anak.
Gambar-gambar tersebut memperlihatkan pasangan itu mengenakan busana seperti pengantin, siap bermahkota’ dan duduk ‘bersanding’ di pelamin.


Dalam pada itu Farhan turut memuat naik sekeping gambar juadah beserta kapsyen bertulis ‘Jamuan Raya 4 Beranak’…

Kini, timbul persoalan dalam fikiran netizen adakah mereka sudah berbaik dan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri. Hmm.. Jika dinilai menerusi gambar yang dikongsi oleh Farhan, nampaknya begitulah.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Apa pun, doakan yang terbaik buat pasangan itu, ya. Sama-samalah kita nantikan penjelasan mereka kelak (jika ada).