Satu operasi penguatkuasaan di Taman Kota Kenari, Kulim awal pagi Khamis membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun selepas mereka ditemui berdua-duaan dalam sebuah bilik di rumah kedai.

Pemeriksaan turut mendapati lelaki berkenaan memakai pakaian tidur wanita ketika disoal siasat.

Dakwa Hanya Tumpang Tidur, Remaja 16 Tahun & Lelaki 23 Tahun Dicekup Berdua-Duaan di Bilik Sewa

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad memaklumkan bahawa serbuan dilaksanakan sekitar jam 9.50 pagi hasil maklumat orang awam mengenai pergerakan mencurigakan di premis tersebut. Semasa pemeriksaan, pasangan itu gagal membuktikan sebarang ikatan perkahwinan yang membolehkan mereka berada bersama.

“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu berada berdua-duaan di dalam sebuah bilik dan gagal menunjukkan sebarang hubungan yang sah sebagai suami isteri,” katanya.

Siasatan awal turut mendapati remaja perempuan terbabit bekerja di sebuah pusat snuker di Lunas dan baru tiga bulan menyewa di bilik berkenaan. Mereka dipercayai berkenalan melalui adik perempuan suspek lelaki yang juga bekerja di pusat snuker tersebut.

Lelaki itu pula baru berhenti kerja kilang dan tinggal bersama keluarganya di sebuah kampung berhampiran namun didapati kerap menghantar dan mengambil remaja tersebut pergi dan pulang kerja. Ketika serbuan, remaja perempuan itu memakai baju kelawar manakala suspek lelaki mengenakan baju tidur kartun Doraemon milik remaja tersebut.

“Ketika serbuan, remaja perempuan itu memakai baju kelawar, manakala suspek lelaki memakai baju tidur kartun Doraemon milik remaja perempuan berkenaan,” ujarnya lagi.

Kedua-duanya mengaku bukan mahram serta bukan pasangan suami isteri. Suspek lelaki mendakwa dia hanya menumpang tidur selepas menghantar remaja itu pulang. Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kulim untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]