Dalam dunia perniagaan, cabaran utama adalah meyakinkan pelanggan untuk membeli produk kita, terutamanya yang dijual secara atas talian.

Perkara tersebut turut dihadapi oleh seorang gadis melalui akaun twitter @PutriAimie_, di mana dia mengiklankan mengenai perkhidmatan melukis kasut di media sosial berkenaan.

Pada mula niatnya hanya mahu mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dengan memuatnaik hasil kerja tangannya itu dengan harga yang murah kerana memerlukan pelanggan dalam masa yang terdekat.

Namun, siapa sangka tuah gadis ini, pelanggan pertamanya adalah seorang Menteri muda iaitu Syed Saddiq!

Rata-rata yang memberi komen memuji kepada Menteri ini kerana menyokong golongan muda mencari pendapatan sampingan.

Tak sabar pulak nak tengok hasilnya nanti!

[fbcomments]