Penyanyi dan pengarah Mawi mengakui pernah melalui detik cemas yang hampir meragut nyawanya 7 tahun lalu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, berkata, kejadian itu sangat menakutkan dan menginsafkannya. Mawi berkata dia seolah-olah mati selama 15 minit akibat sihir.

“Ketika itu saya tidak sedarkan diri, seolah-olah mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.”

Darah membuak seperti lava

Isterinya iaitu Nora’ Asikin Rahman menjadi panik iaitu meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di badan pengacara radio itu. Kejadian tersebut turut disaksikan kembar isterinya, Ain dan bapa saudaranya.

Ekin difahamkan mengelap dan mencuci darah yang membuak keluar dari mulutnya yang diumpamakan seperti ‘lava’ gunung berapi ketika itu.

Hampir berhenti dari dunia hiburan

Disebabkan kejadian tersebut Mawi hampir berhenti dari dunia hiburan. Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap nyanyian, lakonan dan pembikinan filem, Mawi meneruskan kerjayanya dalam dunia pengarahan.

Meskipun perkara yang berlaku membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan, Mawi tidak menuduh mana-mana pihak sebaliknya memperbaiki kekurangan dirinya sendiri.

Perlu sentiasa beringat

“Saya tetap menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terhadap sihir dan juga perkara ghaib. Kita tak tahu dan saya pun tidak pernah menuduh. Jujurnya, saya bersyukur Allah beri saya rasa semua itu dan saya akui semua itu menginsafkan saya.

“Sihir ini wujud, jadi kita sentiasa beringat. Selain solat sunat dan membaca Al-Quran, amalkan zikir seperti Asmaul Husna, Allah ada 99 nama, satu hari kita sebut satu nama berulang-ulang pun sudah memadai,” katanya.

Sekadar info, filem terbaru arahan Mawi ialah Zim Zim Ala Kazim yang diinspirasikan dari pengalaman sebenar yang dilalui Ustaz Kazim. Filem tersebut yang awalnya bakal ditayangkan di Astro First mendapat pujian dan reaksi positif banyak pihak dan dalam perancangan untuk ditayangkan di pawagam kelak.

[fbcomments]