Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah selepas menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

Ambil iktibar dari PRU Negeri Sabah

Untuk maklumat, segala prosiding yang telah dimulakan bagi PRK P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan bagi tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19 dan suatu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK itu.

Malah Baginda juga amat prihatin terhadap keselamatan rakyat jelata ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah ke-16 yang diadakan pada 26 September, 2020.

Perkenan Seri Paduka Baginda ini jelasnya, setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari PRU Negeri Sabah ke-16 yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara.

Kehidupan jalan seperti biasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan di Batu Sapi, Sabah.

Beliau turut menegaskan pengisytiharan darurat itu tidak akan menyaksikan sebarang perintah berkurung atau pemerintahan tentera di negeri itu.

Kegiatan ekonomi, pentadbiran kerajaan, kegiatan sosial boleh diteruskan, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah,” katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi.

[fbcomments]