Pada minggu lepas satu berita tentang kematian arwah sifu lentik atau nama sebenar beliau Muhammad Irfan Abdullah hangat diperkatakan kerana pemergian yang secara tiba-tiba.

Arwah yang turut seorang usahawan dan tiktokers gemar melakukan live di laman TikTok telah menghilangkan dirinya secara perlahan dan disebabkan itu peminat beliau mula bimbang akan keberadaannya. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi arwah dan beliau menghembuskan nafas terakhir pada Rabu malam yang lepas.

@umminadhirah8

Wajah Terakhir Arwah Irfan Sifu Lentik #fyp #fypsifulentik #sifulentik #alfatihahbuatmu @sifulentik😍❤️ #fypシ゚viral Al-fatihah semoga Allah mengampuni segala dosa2 arwah dan tempatkan arwah bersama orang2 yang beramal soleh ameen ya rabbal alamin

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

Muka Kelihatan Lesu Dan Kurus Tapi Tetap Berseri

Pada malam semalam, seorang wanita yang dikenali sebagai Ummi Nadhirah telah memuat naik satu video yang memaparkan beberapa gambar arwah yang kelihatan kurus dan lesu ketika terlantar di wad hospital.

“Wajah terakhir arwah Sifu Lentik. Al-fatihah semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah bersama orang-orang yang beramal soleh”, kapsyen yang ditulis oleh pemilik video tersebut.

Netizen Menuji Penampilan Asal Arwah Setelah Kerap Berpakaian Seperti Perempuan

Seperti kebiasaan, menjengah di ruangan komen kesemua warga maya meluahkan rasa sedih, disamping memuji penampilan arwah yang sudah kembali ke pangkal jalan dimana tidak menyerupai sebagai perempuan lagi.

Kredit: TikTok Umminadhirah8

[fbcomments]