Aina Abdul merupakan penyanyi berbakat besar yang sering menjadi sebutan sama ada disebabkan vokal atau pun penampilan fesyen luar kotaknya.

Terbaru, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani menarik perhatian ramai apabila tampil memakai busana seperti tilam dan bantal yang juga digelar sebagai baju toto oleh warganet.

Aina memaklumkan dia sebernarnya terpaksa menahan diri dari pergi ke tandas selama tiga jam sepanjang konsert minggu keempat Big Stage 5 sewaktu memakai pakaian itu.

Aina juga mengaku dia telah diajar begitu sepanjang kariernya apabila dia kerap memakai pakaian yang unik.

“Memang tak pergi tandas. Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu,”ujarnya.

Aina juga mengaku penampilannya yang terbaru itu tidak terlalu mencabar kerana dia pernah memakai baju yang lebih unik sebelum ini sewaktu membuat persembahan.

“Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi.
“Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk saja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),”katanya lagi.

Tak sangka dikecam

Aina tak sangka menjadi mangsa kecaman hingga ada yang ingin memboikotnya disebabkan memakai baju yang dianggap mengarut.

“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.
“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak. Sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,”jelasnya.

Sumber: Utusan

[fbcomments]