Baru-baru ini tular sebuah video konvokesyen UiTM yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila seorang graduan dilihat membuat isyarat meminta penganugerah menoleh ke arah kamera ketika menerima skrol.
![]()
Aksi Graduan Minta Penganugerah Pandang Kamera Di Pentas UiTM Cetus Kritikan Warganet
Insiden yang dirakam dalam majlis rasmi itu mengundang kritikan ramai, terutama apabila figura yang berada di atas pentas ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Perbuatan tersebut dianggap bertentangan dengan garis panduan universiti yang sebelum ini telah menegaskan agar graduan menjaga adab dan tidak melakukan sebarang aksi yang boleh menjejaskan kesempurnaan istiadat.
Perkongsian video itu, yang dimuat naik oleh pengguna Threads @pa.eh, turut disertakan komen pedas daripada warganet yang menyifatkan tindakan graduan berkenaan sebagai tidak menghormati protokol majlis.
![]()
“Macam tu ja dia suruh permaisuri tengok kamera demi gambar dia. Memalukan UiTM ja, harap budak ni digantung sijil konvo dia dan ambik satu sem lagi kos adab,” tulisnya.
Reaksi tersebut semakin mendapat perhatian apabila ramai menyuarakan kebimbangan bahawa insiden sebegini boleh mencemarkan imej universiti dan mengabaikan nilai hormat kepada penganugerah. Ada juga yang mencadangkan UiTM menegaskan semula etika pentas dan memperketatkan peraturan bagi mengelakkan kejadian serupa pada sesi akan datang.
![]()
Sehingga kini, UiTM belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun peringatan awal institusi itu jelas menunjukkan komitmen tinggi terhadap disiplin, adab dan kewibawaan setiap istiadat konvokesyen.
Kredit: Threads pa.eh