Harapan ibu dan ayah semestinya mahukan anak mereka berjaya dalam pelajaran demi memiliki masa depan yang cerah dan mereka sanggup membuat apa saja untuk memastikan anak mereka berjaya. Begitu juga dengan sebuah keluarga penoreh getah ini yang terpaksa meminjam duit daripada orang kampung untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang anak perempuan mereka di peringkat STPM.

Terpaksa Pinjam Duit RM120 Dari Jiran
Menurut sumber NST, seorang bapa yang merupakan penoreh getah bernama Juliusuh Madakol, berusia 62 tahun itu terpaksa meminjam duit sebanyak RM120 daripada jiran tetangga kerana kesempitan wang untuk menghadiri majlis pengiktirafan anak perempuannya yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Anaknya yang bernama Arnie Juliusuh itu merupakan satu-satunya pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens.

Nak Bayar Tambang Teksi
Berdasarkan sumber yang dipetik dari portal NST, duit yang dipinjam oleh beliau adalah untuk membayar tambang sewa teksi memandangkan beliau tidak mempunyai kereta yang boleh bergerak jauh. Beliau hanya mempunyai sebuah motosikal dan kereta saga lama yang boleh gerak berdekatan sahaja.
Walaupun begitu, beliau dan isteri tetap bersemangat untuk menghadiri majlis anaknya itu dan bergerak seawal jam 6 pagi lagi.
Kredit: Portal NST