Remaja zaman sekarang semakin terdedah dengan penggunaan media sosial yang semakin berleluasa pada abad ini, terutamanya laman TikTok. Dan baru-baru ini tular di TikTok berkenaan seorang ramaja lelaki yang rela makan roti bersalut makanan kucing demi konten dan untuk raih views yang banyak.

Menerusi video TikTok yang dimuatnaik oleh tuan empunya badan yang dikenali sebagai @waksukak, beliau tampil dengan konten yang membuatkan penonton timbul rasa geli dan mual, di mana beliau menjadikan makanan basah kucing jenama Whiskas sebagai bahan utama “sandwich”nya sehingga sanggup membahayakan diri sendiri.

Cabar Diri Sendiri Makan Makanan Bukan Untuk Manusia

“Hari ini aku nak makan sandwich Whiskas”, ujar lelaki tersebut dengan berani sambil menuangkan makanan kucing ke atas rotinya. Menerusi video berkenaan, lelaki itu membuka satu paket makanan basah dan menjamah dengan roti.

Tetapi apa yang lebih menggelikan, dia segera memuntahkan semula setelah gagal menelan akibat campuran dua makanan tersebut.

Mengarut Je Buat Konten Macam Ni

I’m okay, sedap sedap. Ohhh..hijau (warna muntah)”, kata-kata yang dikeluarkan oleh remaja itu setiap kali menggigit secebis sandwich nya.

Kelakuan beliau yang memuntah makanan tersebut sebanyak enam kali itu telah memberi pelbagai reaksi oleh netizen.

Kredit: TikTok Waksukak

[fbcomments]