fbpx

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Setiap manusia pasti mempunyai ujian dan jalan ceritanya yang tersendiri. Begitulah yang dihadapai oleh pemandu teksi ini dimana dia terpaksa membawa sekali tong oksigennya semasa memandu teksi menghantar penumpang.

Terpaksa bawa teksi demi kelangsungan hidup

วันนี้เวลา 18.30 น. ได้ขึ้นรถแท็กซี่จาก สภ.เมืองปทุม เพื่อกลับมาบ้านที่บางคูวัด ตอนนั้นเราก็ได้คุยโทรศัพท์อยู่ด้วย…

Posted by Nongying Chuaibamrung on Rabu, 26 Ogos 2020

Dalam posting tersebut, pengguna itu pada awalnya berasa sedikit geram kerana pemandu teksi bergerak dalam keadaan yang amat perlahan.

Namun, hatinya mula tersentak apabila pemandu itu minta tolong untuk memeriksa sama ada tangki oksigen di belakang tempat duduknya itu mempunyai gelembung di dalam tiub.

Lebih sedih lagi, pakcik ini terpaksa membawa teksi demi mendapatkan wang membayar sewa bilik serta rawatan penyakitnya itu.

Saya ada banyak penyaklt. Mata saya tidak el0k dan buah pinggang saya juga tidak berfungsi dengan baik. Saya mesti melakukan dial1sis (CAPD) walaupun semasa saya memandu. Kerana  paru-paru berair, saya perlu mempunyai tangki oksigen dengan saya.

Bantuan kerajaan tidak cukup

Menurutnya lagi, kerajaan hanya memberi bantuan kebajikan 800 baht (RM106.40) kepadanya setiap bulan dan dia masih perlu membayar sewa dan keperluan harian. Disebabkan itu, dia menyewa teksi agar dia dapat menjana wang.

Kegigihan lelaki ini didakwa telah membuatkan ramai warga tempatan tersentuh sehingga ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepadanya.

[fbcomments]