Dua pempengaruh media sosial Malaysia, Ammar Nazhan dan Aras bin Abdullah, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kontroversi membabitkan kandungan palsu yang mereka hasilkan di Indonesia.

Permohonan maaf tersebut disampaikan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pihak polis Indonesia baru-baru ini.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DFwxfeCy1n1/?igsh=cmtzODcwc3NjOWhp

Pempengaruh Malaysia Mohon Maaf Selepas Kontroversi Konten Palsu di Indonesia

Video berkenaan turut dikongsi semula di akaun Instagram penyanyi rap sensasi, Caprice, memaparkan Ammar dan Aras memohon maaf atas kesilapan mereka serta berjanji tidak akan mengulangi perkara sama pada masa hadapan.

“Saya Aras Bin Abdullah ingin memohon maaf pada Kepolisian Indonesia dan berterima kasih atas bantuan terhadap kami.

“Saya bersama Ammar Nazhan dan teman-teman saya sebagai content creator Malaysia berkegiatan membuat konten di wilayah Kota Bandung dan semua konten itu hanyalah konten untuk hiburan saja dan kami tidak mengulangi perkataan yang sama dan kami tidak dipungut biaya apa pun,” ujar mereka dalam video tersebut.

Menurut pihak polis, kedua-dua pempengaruh itu telah menandatangani surat pernyataan yang dimeterai sebagai sebahagian daripada proses siasatan oleh Balai Polis (Polsek) Panyileukan, Polrestabes Bandung, pada hari yang sama kandungan tersebut dihasilkan.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahawa semua kandungan yang dibuat di Kota Bandung bertujuan hiburan semata-mata dan tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap mereka.

Terdahulu, polis Indonesia mengesahkan bahawa kandungan yang dimuat naik oleh Ammar dan Aras mengenai kehilangan seorang rakan mereka, Eyka, di sebuah hutan di Bandung adalah sekadar lakonan bagi menarik lebih banyak tontonan dan pengikut di media sosial.

Kredit: portal bandung.kompas, Instagram capricedaddycap

 

[fbcomments]