Seorang pengulas politik dari Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, menjadi tumpuan ramai selepas videonya yang mempersenda lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, O’Reilly membuat beberapa kenyataan yang dianggap menghina, termasuk menggambarkan rakyat negara ini, khususnya orang Melayu, sebagai tidak berkemampuan untuk membeli barangan dari China.

@dailybriefupdate

US says: malaysia have no money#malaysia #US #chin #DBUNEWS #foryou #fyp

♬ original sound – 🟡 DAILY BRIEF UPDATE 🌎 – 🟡 DAILY BRIEF UPDATE 🌎

Kenyataan Bill O’Reilly Undang Kecaman Netizen: Didakwa Persenda Rakyat Malaysia & Lawatan Presiden Xi

Antara yang diperkatakan oleh O’Reilly ialah kekeliruannya tentang sebab Presiden Xi memilih untuk melawat negara-negara seperti Malaysia, Vietnam dan Kemboja, sedangkan menurutnya, negara-negara ini kononnya “tidak ada duit” dan tidak mampu memberikan sebarang manfaat ekonomi kepada China. Lebih mengejutkan, beliau turut menyebut bahawa “orang Melayu takkan beli barangan awak, mereka pun tak ada duit.”

Kenyataan itu pantas mencetuskan reaksi di kalangan pengguna media sosial. Ramai menyelar sikap O’Reilly yang dianggap tidak sensitif, malah ada yang percaya beliau telah menyalah guna istilah “Malay” yang merujuk kepada etnik Melayu, sedangkan maksud sebenar yang ingin disampaikan mungkin adalah “Malaysians” iaitu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Pengguna media sosial turut mempersoalkan pengetahuan O’Reilly tentang Asia Tenggara dan menyifatkannya sebagai cetek. Ada juga yang membalas dengan sindiran, membangkitkan isu pelancong asing dari Barat yang meminta sedekah di Malaysia, dan menyifatkan kenyataannya sebagai angkuh serta tidak berpijak di bumi nyata.

Untuk rekod, Presiden Xi Jinping berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Kunjungan tersebut merupakan yang kedua buat Presiden China dalam tempoh 12 tahun, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Kredit: TikTok dailybriefupdate

 

 

 

[fbcomments]