Baru-baru ini, tular sebuah kisah yang diceritakan oleh Abam Botak mengenai seorang bayi yang meninggal dunia di Sabah namun sesi pengurusan jenazah tidak dapat dilakukan oleh kerana beberapa faktor.
Sudah puas si bapa mencari tanah dan imam untuk dikuburkan, namun tiada siapa yang sudi memberikan bantuan bagi menguruskan jenazah tersebut.
Tidak mempunyai dokumen dan wang yang cukup
Menurut perkongsian Abam Botak, kejadian ni berlaku di depan mata dia dimana seorang jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia pada awal pagi tapi penduduk kampung tak benarkan jenazah anaknya dikebumikan di tanah perkuburan yang mereka tinggal.
Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya tapi tiada kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi.
Saya tidak akan sebut nama kampung tersebut! Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu.
Tapi kita fikirlah sendiri, mereka itu beragama Islam, saudara seislam kita.
Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan di gunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak mengurus jenazah bayi tersebut.
Allah tak tanya apa negaramu, apa negara dia
Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti.
Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
Istifarlah, bermuhasabahlah!
Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan simati dalam bab kematian.
Sebab si mati tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya!
Alhamdulillah masih ada yang berperikemanusiaan
Namun Alhamdulillah, akhirnya bayi tersebut dapat di tanam juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan.
Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana. Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan.
Sumber : Abam Botak