fbpx

Beberapa hari yang lepas, tular satu isu berkenaan seorang abang penghantar makanan bergaduh mulut bersama dua orang lelaki warga Singapura yang mengisi minyak kedalam sebuah tong besar yang terjadi di Johor.

Namun apa yang paling tidak disangka adalah abang rider tersebut terpaksa menerima padah dengan “dibuang kerja” setelah mendapat laporan daripada individu yang membuat laporan palsu terhadapnya.

Takut Diboikot Dan Dikecam, Grab Aktifkan Semula Akaun Rider Terbabit

“Akaun Rakan tersebut telah pun diaktifkan semula setelah siasatan teliti dijalankan mengikut SOP. Kami ingin memperjelaskan bahawa beliau tidak diban ianya digantung sementara”, menurut kapsyen yang ditulis di laman Facebook Rakan Penghantar Grab MY membahaskan isu yang terjadi.

Akibat mendapat kecaman hebat oleh rakyat Malaysia, pihak atasan Grab agak gentar dengan lontaran negatif yang dilemparkan oleh mereka. Bahkan, netizen juga bersepakat mahu uninstall aplikasi tersebut jika berita tentang abang rider diberhentikan itu adalah benar.

Jangan Kasi Mereka Pijak Kita

Office Grab kat mana? Singapore. Yang buat hal dengan kita? Singapore. Kau faham-faham jelah”, ulas Caprice dalam satu video yang dimuatnaik oleh beliau di laman Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Caprice ada menekankan di bahagian “jangan kasi mereka pijak kita” memandangkan nama negara sebelah sering menjadi isu pada masa-masa kini. Beliau juga mencadangkan untuk padam akaun Grab tanda boikot dan lihat kesan apakah yang akan mereka hadapi jika majoriti rakyat Malaysia berbuat sedemikian.

Kredit: Facebook Rakan Penghantar Grab MY, Instagram Capricedaddycap

[fbcomments]