Tidak dinafikan bahawa jenayah rogol di Malaysia kini dilihat semakin meningkat saban tahun. Terbaru, enam lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan telah ditahan pihak polis atas kesalahan merogol remaja berumur 15 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Dirogol enam lelaki

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, perbuatan terkutuk tersebut diketahui oleh kakak mangsa pada Rabu lalu selepas mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki yang dikenalinya di sebuah hotel.

Selepas menerima aduan tersebut, pihak polis terus bertindak menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, suspek semuanya bekerja sebagai penghantar makanan.

Siasatan awal mendapati semua suspek mengaku terbabit dalam kejadian rogol itu di mana empat suspek yang ditahan berusia 20 hingga 22 tahun manakala dua lagi suspek berusia 16 dan 17 tahun.

Bagaimanapun dua suspek itu sudah tidak bersekolah dan mereka berkerja sebagai penghantar makanan.

Mangsa kini trauma

Difahamkan lagi, semakan awal juga mendapati dua daripada enam suspek tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah. Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan.

Tambah Nik Ezanee, mangsa kini diberi rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat mengalami tekanan emosi.

[fbcomments]