Jenayah rogol merujuk kepada serangan seksual di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual tanpa rela demi kepuasan nafsu sendiri.
Seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Jenayah ini dilihat semakin meluas dan berleluasa seolah-olah pelaku tidak takut dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi.
Atau mungkin tindakan undang-undang di Malaysia tidak cukup ketat bagi si pelaku? Sebab itu kalau anda perasan, berapa banyak kes-kes seperti ini telah dilaporkan tetapi bila jatuh hukum, pesalah didapati bebas daripada tuduhan seperti yang dinyatakan oleh peguam ini;
Di rogol bergilir-gilir oleh 4 lelaki
Bersihkan kemaluan & lambat membuat laporan
Keterangan dari pelaku
Keterangan mangsa tiada sebarang sokongan
Akhirnya pelaku dibebaskan dari tuduhan
Menurut peguam ini lagi,ini merupakan kesalahan major yang dilakukan mangsa kerana telah menghapuskan bukti penting untuk membawa kes ke mahkamah.
Beliau turut mengingatkan kepada wanita di luar sana sekiranya ada orang disekeliling anda atau anda sendiri yang menjadi mangsa rogol, segeralah buat laporan polis dan jangan buang segala bukti yang ada supaya si pelaku dapat didakwa!
Sumber : Aminatul Marrdiah