Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan polis selepas didakwa mencabul beberapa wanita yang berkunjung ke bazar Ramadan Lurah Semantan baru-baru ini.

@zackrazbundle

Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen

♬ original sound – Zack – Zack

Lelaki Ditahan Selepas Didakwa Mencabul Pengunjung Wanita di Bazar Ramadan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memaklumkan bahawa suspek ditahan pada Rabu susulan laporan yang dibuat oleh mangsa serta penyebaran rakaman kejadian di media sosial.

Hasil siasatan mendapati kejadian pertama berlaku pada 6 Mac lalu, manakala dua lagi mangsa mengalami insiden serupa pada 10 Mac. Semua mangsa mendakwa suspek bertindak mencabul mereka ketika sedang berjalan di bazar dengan sengaja melanggar badan serta menyentuh bahagian tidak sepatutnya menggunakan tangan.

“Siasatan mendapati suspek menggunakan taktik berjalan kaki di kawasan bazar sebelum bertindak melanggar badan mangsa secara kasar dan menyentuh bahagian sensitif mereka,” jelasnya.

Tambah Mazlan, ketika disoal siasat, suspek mengakui perbuatannya dan mendakwa tindakan itu berpunca daripada tekanan peribadi kerana sudah lama tidak mempunyai pasangan akibat menghidap HIV sejak 13 tahun lalu.

Suspek yang merupakan penganggur juga memiliki lima rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam serta segera melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Kredit: Kosmo!, TikTok zackrazbundle

 

[fbcomments]