Pelik dan mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular yang berukuran 1.2 meter panjang telah memasuki kedalam mulut seorang wanita semasa dia sedang tidur di laman rumahnya.
Wanita yang mula menunjukkan tanda tidak sihat itu segera dibawa ke hospital dan doktor memberikannya ubat bius.
Jika di lihat dalam video yang berdurasi 38 saat tersebut,sepasukan doktor telah memasukkan sejenis alat sebelum mengeluarkan seekor ular kecil dari tekak wanita terbabit.
Malah sebelum dikeluarkan salah seorang daripada team perubatan sempat berkata “kita tengok apa yang ada di tekaknya”.
Beberapa pegawai perubatan yang berada di wad itu terkejut dan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Ular itu ditempatkan di dalam satu baldi perubatan. Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi sama ada ular itu masih hidup atau berapa lama ia berada di dalam badan