Usaha mencari dua beradik yang dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana akhirnya membawa kepada penemuan salah seorang daripada mereka pada Khamis.
![]()
Kanak-Kanak 12 Tahun Ditemukan Lemas, Usaha Jejaki Abangnya Diteruskan
Mangsa berusia 12 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, iaitu di kawasan Sungai Kantan pada pukul 7.47 malam. Namun, menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sekitar jam 10 malam.
![]()
Sementara itu, operasi menjejak abang mangsa yang berusia 14 tahun masih diteruskan oleh polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam. Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.29 petang sebelum menggerakkan operasi SAR ke lokasi.
Setakat ini, semua agensi terlibat memberi tumpuan kepada pencarian di sepanjang laluan air yang dipercayai menjadi tempat kedua-dua beradik itu dihanyutkan.
Kredit: Kosmo!