Dua lelaki ditahan polis selepas dipercayai bermain mercun di tengah jalan yang sesak sehingga menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta milik orang awam. Kejadian berlaku di Jalan Shahbudin, Taman Sentosa, Klang, pada Jumaat lalu.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DFPjFL-yJFh/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Dua Lelaki Ditahan Main Mercun di Jalan Raya, Kereta Orang Awam Jadi Mangsa

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, memaklumkan bahawa insiden ini dilaporkan oleh seorang wanita yang juga pemilik kereta terbabit pada pukul 8 malam hari kejadian.

Menurut laporan, wanita tersebut sedang memandu di kawasan berkenaan apabila mendapati dua lelaki berdiri di tengah jalan sambil bermain mercun. Salah seorang daripada mereka dikatakan meletakkan mercun di atas bonet keretanya.

Walaupun wanita itu menegur tindakan tersebut, suspek tetap berkelakuan biadab apabila memindahkan mercun itu ke tepi kereta, menyebabkan ia meletup dan merosakkan bahagian hadapan kenderaan mangsa.

Susulan laporan polis, kedua-dua suspek berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. Hasil siasatan mendapati kedua-dua individu tersebut tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serta tindakan susulan yang akan dikenakan terhadap suspek. Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan awam atau merosakkan harta benda.

Kredit: Kosmo!

 

 

[fbcomments]