Baru-baru ini tular satu rakaman video yang menunjukkan dua orang lelaki warga Singapura bergaduh dengan seorang abang rider di sebuah stesen minyak berdekatan di Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor samalam.
Difahamkan, kedua-dua lelaki warga Singapura terbabit bertindak berang apabila ditegur abang penghantar makanan itu ketika mereka cuba mengisi minyak menggunakan tong besar.

Polis Bantuan Cuba Redakan Keadaan
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Twitter @mynewshub, rakaman yang berdurasi selama 1:41 minit itu telah meraih tarikan dan pandangan netizen.
Melihat isi video tersebut, dua orang anggota polis cuba untuk meredakan keadaan namun kedua-dua pihak masih bertajam lidah dan mengamuk di tempat kejadian.
Mahu Keluarkan Sebarang Peralatan Untuk Provokasi
Salah seorang daripada lelaki terbabit bertindak membuka bahagian bonet belakang keretanya dan mengeluarkan sejenis peralatan seperti pengunci stereng seolah-olah mahu membuat provokasi terhadap abang rider tersebut.
Namun, apabila anggota polis bantuan meminta kad pengenalan kesemua yang terlibat di lokasi, kedua-dua lelaki Singapura itu cuba untuk menyerang rider terbabit sekali lagi. Tindakan polis bantuan yang pantas itu berjaya menghalang mereka dari menyerang antara satu sama lain.
Sumber: Twitter MYNEWSHUB, Ohmymedia