Saat ni orang dok sibuk bercerita dan puji dengan perubahan yang dibawa oleh pelakon dan pengacara Neelofa kerana bertudung labuh dan turut mengenakan purdah.


Namun berlainan pula dengan aktres Sarah Hildebrand dimana perubahannya yang terkini menerima nasib yang sebaliknya.

Sarah kembali freehair

Selebriti Sarah Hildebrand telah membuat pengumuman bahawa dirinya kini telah kembali membuka tudung (freehair) setelah lebih kurang 5 tahun berhijab.

Walau bagaimanapun, puncanya masih lagi tidak diketahui.


Dulu kutuk Neelofa

Melihat perubahan yang berlaku ada netizen yang menulis komen tak baik kepada Sarah Hildebrand, malah membezakannya dengan Neelofa dengan caption:

Dulu kutuk Neelofa, sekarang ni Lofa dah berubah kearah yang lebih baik, tapi kau pula berubah ke arah, hmm

Ini mungkin kisah yang berkaitan dengan isu melibatkan pelancaran tudung Neelofa di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas.

Sarah telah beri respon balas kepada netizen berkenaan dan meminta jangan ikut perangai sepertinya yang suka membezakan.

Kepada follower saya, ini adalah satu contoh, apa yang tak patut kita kata dan cakap pada orang lain. Please sangat, jangan jadi macam orang ini.

Ini adalah contoh yang amat tak bagus, saya tak mahu kalian jadi low seperti ini. Kalau ada peminat saya yang macam ini, saya memang rasa amatlah malu.

Kata Sarah lagi, seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata, dan apa yang paling penting ialah memiliki hati yang suci dan baik.

[fbcomments]