Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, baru-baru ini berkongsi momen penuh emosi ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bersama anak-anak mereka.
@shuibsepahtu Semalam ziarah kesayangan. Mcm biasa sedekah kan Al Fatihah,bersih2 kan kubur sambil berborak2 dgn si Dia.Bercerita tentang perkembangan baru anak2,cerita kehidupan dunia pada Dia.Matin adalah anak yg paling susah nangis,nama pon Matin “kuat”. Smlm tiba2 jatuhnya air mata seorang Matin,mgkn bila dia dah makin besar,dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”.Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun,masa tu dialah bongsu,anak paling manja.Tak boleh jauh dgn Ibu,selalu berkepit dgn Ibu,tido berpeluk dgn Ibu smpi mcm nak termasok dlm perut Ibu.Anak yg tak pernah kena bantai dgn Ibu.Anak terpalinggggg manja dgn Ibu.Skrg bila usianya 10 Tahun,dia mula faham tentang byk perkara.InsyaAllah semuanya akan ok Matin,Daddy,adik beradik,mummy akan selalu ada.Jadi smlm setelah lama daddy nya tak menangis,jatuh jugalah airmata ini berjurai2 sbb ada yang mulakan 😁 InsyaAllah,Harap Ibu juga ada di saat kami menangis smlm 😁 Selamat berpuasa Ibu.
“Dulu Paling Manja, Kini Makin Mengerti” – Tangisan Matin Undang Rasa Sayu
Menerusi hantaran di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak di pusara arwah. Selain membersihkan kubur, mereka turut membacakan surah Al-Fatihah dan berkongsi perkembangan terbaru kehidupan mereka.
Namun, apa yang paling menyentuh hati Shuib adalah reaksi anak ketiganya, Ariq Matin, yang tidak dapat menahan sebak sepanjang ziarah tersebut. Menurut Shuib, Matin merupakan anak yang jarang menangis dan dikenali dengan sifatnya yang kuat. Namun, kali ini, rindu yang mendalam terhadap ibunya membuatkan dia akhirnya tidak dapat menahan air mata.
![]()
“Semalam tiba-tiba jatuh air mata seorang Matin. Mungkin bila dia makin besar, dia makin faham tentang erti rindu,” luah Shuib dalam hantaran tersebut.
Mengimbau kenangan lama, Shuib berkongsi bahawa ketika kecil, Matin sangat manja dengan ibunya dan tidak pernah berjauhan. Kini, setelah usianya mencecah 10 tahun, dia semakin memahami kehilangan yang dialami.
“Dulu, dia paling rapat dengan arwah. Setiap malam tidur berpeluk, sentiasa mahu berada di sisi ibunya. Sekarang bila dia makin besar, dia mula faham banyak perkara,” tambahnya.
Tangisan Matin akhirnya turut mengundang sebak buat Shuib sendiri, yang mengakui sudah lama tidak menangis sejak pemergian isterinya pada 2021 akibat jangkitan Covid-19.
![]()
Shuib turut menitipkan doa agar roh Siti Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan arwah dan keluarganya.
Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang anak, iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) selepas melahirkan anak bongsunya melalui pembedahan. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Selepas dua tahun menduda, Shuib kemudiannya berkahwin dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis di Putra Glass Hall, Shah Alam.
Kredit: TikTok shuibsepahtu