Dalam menjalani kehidupan norma baharu dan rakyat Malaysia juga dilihat semakin memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh. Perkara ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membendung penularan wabak C0VID-19.
Oleh itu, demi menggalakan lagi perkhidmatan ini kerajaan telah memperkenalkan program e-Penjana yang bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia yang bernilai RM750 juta.
Menurut Perdana Menteri, inisiatif ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.
Syarat kelayakkan
RM50 akan dikreditkan ke akaun e-wallet rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM100,000 setahun yang bakal dikreditkan bermulai Julai 2020.