Siapa tak kenal Ustaz Ebit Lew yang memang sinonim dengan aktiviti kebajikannya dan keberaniannya meredah tempat-tempah gelap untuk berdakwah dan kini namanya sentiasa jadi sebutan kerana sifat pemurahnya yang suka membantu golongan-golongan kurang bernasib baik.
Sifat terpujinya itu menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum.
Walaupun ada yang kurang selesa dan mengecam tindakan beliau, namun beliau sedikit pun tidak berpaling ke belakang dan jika kita lihat, semakin banyak pula masyarakat yang dibantunya. Malah beliau turut mendapat sokongan oleh masyarakat sekeliling. Tahniah!
Takde tepek-tepek gambar dekat setiap sumbangan
Tak payah nak tempek-tempek gambar, orang tahu ikhlas ke tak ikhlas.
Menerusi facebook Johar Ismail yang memuatknaik di statusnya;
“Ustaz Ebit Lew bui (beri) mesin basuh,peti sejuk,motorsikal dan sewakan rumah yang dia bayar selagi dia hidup,tak ada pula Ebit Lew tempek gambar dia sebagaimana yang mengaku ulamak sebagai Ketua Ulama Kelantan buat bagi beras 5 kilo yang berharga bawah RM 20.00.
Begitu jua yang dibuat Mantan Exco Sign Board Kelantan negeri yang dikatakan Serambi Mekah.
Kenapa Ebit Lew tak ikut Ulama?”
Hmm bila difkirkan ada betul juga apa yang dikatakan ni. Apa pendapat korang? Biasa tak korang nampak benda-benda macam ni?