fbpx

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, banyak kawasan dinaiki air sehingga memutuskan jalan utama di beberapa kawasan bagi mendapatkan keperluan harian.

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew turut tidak melepaskan peluang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Menerusi perkongsian terbaharu, beliau bersama krew tampil meredah banjir untuk membantu kesemua mangsa di Kuala Lipis, Pahang.

Sayu dan sebak, bawa seribu t-shirt dan telekung

Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari KL. Sampai sini banyak jalan putus.

Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Kami bawa 1000 t-shirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.

Ya Allah selamatkan semua negeri yang banjir

Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. Syukur dapat beri bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.

Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

[fbcomments]