fbpx

Fuhh nampaknya sekali lagi, selebriti tempatan mencetuskan kontroversi dimana seorang pelakon, Datin Eina Azman dan suami dikatakan telah potong barisan bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin di salah sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Eina telah berkongsi satu hantaran status di Instagram dengan memaparkan dirinya dan suami dikatakan berada di sebuah hospital selepas selesai disuntik vaksin.

Bagaimanapun, selepas dipersoalkan netizen bagaimana dirinya boleh mendapat ‘jalan pintas’ suntikan vaksin sedangkan dia dan suami bukan tergolong dalam petugas barisan hadapan, akhirnya dia terus patam statusnya itu.

Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum dicucuk Eina makan panadol dulu.

Untuk Eina, pening kepala sikit selepas suntikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas suntikan vaksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

[fbcomments]