Ketika ini, pelitup muka (facemask) merupakan satu keperluan yang wajib digunakan apabila berada ditempat sesak ataupun ramai orang demi mengelakkan penularan pendemik Covid-19.

Namun begitu, masih ada rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab apabila membuang facemask yang sudah digunakan di merata-rata tempat sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah.

Kutip facemask yang dibuang merata

Oleh sebab itu, seorang wanita, Vasugi Ramasamy telah melakukan kerja amal dengan mengutip facemask yang dibuang di tepi-tepi jalan di laluan ke tempat kerjanya.

Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK)dimerata,itu akan menambahkan risiko.

Risau keselamatan warga emas & kanak2

Vasugi dan adiknya Suriya telah menjalankan misi mereka kerana berasa terpanggil bagi mengelakkan berlaku penularan.

Hal ini bukan sahaja boleh membahayakan warga emas yang berisiko tinggi mengalami jangkitan, malahan kanak-kanak kerana imunisasi diri yang rendah berbanding orang dewasa.

[fbcomments]