Pelakon Elfira Loy berkata perkahwinan merupakan satu tanggungjawab besar dan memerlukan banyak pengorbanan.
Pelakon merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu telah berkahwin selama empat tahun itu dan menjelaskan persepsinya terhadap perkahwinan sememangnya berbeza sebelum dan selepas berkahwin.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
Perkahwinan perlukan banyak pengorbanan
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
Elfira berkata dia memilih untuk mendirikan rumah tangga sewaktu kerjayanya memuncak adalah kerana bukan populariti yang dikejar selama ini. Sebaliknya, dia hanya mahu fokus kepada kehidupan sendiri.
Dalam pada itu, Elfira sempat berpesan agar pasangan yang ingin berkahwin di usia muda untuk mencari ilmu perkahwinan terlebih dahulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
Kena ada sifat ikhlas
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” ujarnya.
Sekadar info, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan dan Aria.