Penyanyi hebat Ernie Zakri sering menghiburkan para peminat dengan menunjukkan kemesraannya dan pasangan yang juga penyanyi, Syamel. Meskipun umur anak mereka baru menjelang setahun lebih, ada yang sudah bertanya jika penyanyi tersebut sedang hamil anak kedua.

Perkara tersebut berlaku apabila Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, memuat naik foto berbusana serba putih beberapa hari lalu.

“Ernie awak mengandung ke?”tanya salah seorang pengikut Ernie. Soalan itu mendapat sebelas tanda suka oleh warganet yang lain.

Respons Ernie tarik perhatian

Ernie hanya membalas soalan tersebut dengan sepatah perkataan yang membawa pelbagai makna.

“Amin”

Buat penjelasan di Twitter

Ernie ada membuat ciapan di Twitter untuk menjelaskan keadaan sebenar. Ernie menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu dia nampak seakan-akan hamil hanyalah kerana makanan.

“Saya tak mengandung, ianya cuma makanan!”kata Ernie.

Sekadar info, Ernie mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari 2022.

[fbcomments]