Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan pelakon terkenal Fattah Amin bersama keluarganya, memperkenalkan perniagaan tudung yang diberi nama ‘Tudung Azizah’.
Dalam rakaman siaran langsung tersebut, Fattah dilihat bersama ibunya, Azizah Abdul Ghani, serta dua adik perempuannya, Intan dan Raihan, mempromosikan tudung yang mereka jual.
@cik.dotty Sukalah tgk Family Fattah..Sopan santun semuanya🥰🥰 #fattahamin #artismalaysia #trending #masukberanda #videoviral #tiktokmalaysia🇲🇾 #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ
Keluarga Fattah Amin Kembangkan Perniagaan Tudung, Tawar Tudung Bidang 50′ Untuk Pemakai Beri Fokus Pada Kesempurnaan Aurat
Mereka memilih untuk menjual tudung dengan saiz bidang 50′ kerana ingin menggalakkan pembeli menutup aurat dengan sempurna.
“Kita jual bidang 50′ sebab ‘tagline’ kita apa ibu? #yangpentingtutupauratdengansempurna.
“Kita tak jual bidang pendek sebab ibu dan adik-adik saya pakai tudung labuh. Selain itu, ramai juga yang minta saya keluarkan tudung saiz ini,” jelas Fattah.
Menurutnya, tudung pendek tidak sesuai dengan nilai dan gaya hidup mereka, yang lebih mengutamakan tudung labuh.
Selain itu, Fattah juga menyatakan bahawa permintaan daripada peminat dan pengikutnya untuk tudung dengan saiz ini menjadi faktor mereka memutuskan untuk mengeluarkannya.
Keluarga Fattah yang mesra dan tidak terlalu berlebihan dalam cara mereka menjual produk ini telah menarik perhatian netizen. Ruangan komen penuh dengan pujian terhadap kecomelan keluarga ini dan cara mereka yang profesional serta penuh keikhlasan dalam menjalankan perniagaan.
Kredit: TikTok cik.dotty