Selebriti dan usahawan jelita, Fazura mengesahkan ada membuat laporan polis pada Ogos lalu disebabkan kes pecah amanah syarikat miliknya melibatkan kakitangan yang dipercayai.

Dalam laporan mStar, Nur Fazura Sharifuddin, 40 berkata kes itu melibatkan beberapa individu berbeza dengan kerugian yang besar.

“Betul, memang ada isu pecah amanah yang sangat berat. Kes membabitkan kakitangan sementara dengan sejumlah wang yang banyak.”

“Bukan satu kes sahaja, sebaliknya ada beberapa kes lain melibatkan individu berbeza.”

“Saya tak mahu ulas panjang mengenainya kerana kesemua kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Insya Allah kita akan tahu lebih lanjut nanti.”

Fazura kesal apabila orang yang menjadi kepercayaannya mudah gelap mata apabila melihat wang yang banyak di depan mata mereka. Namun begitu, dia tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang terlibat kerana mahu menjaga air muka mereka.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, saya sedih.. Itulah dia manuasia. Mungkin apabila melihat terlalu banyak wang di depan mata, mereka jadi tamak dan hilang pertimbangan,” katanya lagi.

Fazura berkata dia mengambil pengajaran dari kejadian itu untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai seseorang.

“Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang. Itulah silap saya. Tak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi untuk pengajaran saya.”

“Sejak kebelakangan ini saya banyak alami seperti ini (dikhianati) dengan pekerja atau rakan-rakan. Tak boleh percaya sesiapa walaupun dia seorang rapat dengan saya.”

“Namun, saya tidak menyesal dengan sikap terlalu percayakan orang itu. Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar sesuatu,”tambahnya.

Sumber: mStar

[fbcomments]