Penyampai radio Feeya Iskandar melenting selepas foto miliknya disalah guna oleh peniaga atas talian.

Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah, pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membayar sekali sahaja untuk menggunakan perkhidmatannya.

Namun seakan tidak profesional, pihak tersebut masih menggunakan foto Feeya memegang produk itu berulang kali bagi melariskan jualan mereka.

Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan.

Tegas pemilik nama Nor Shafiza Iskandar Azizan ini, dia tidak akan menghalalkan niat pihak terbabit bagi melariskan produk.

Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku.


[fbcomments]