Baru-baru ini Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.


Manurut kenyataan dari laman berita Suara.com, pendapatan penyanyi popular itu diterima sebanyak dua kali sebulan.

Katanya, beliau menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658) pada 1 hari bulan manakala bayaran kedua sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar setiap 5 hari bulan.

a woman posing for a picture: Wow gaji Krisdayanti cecah RM21,836 sebulan, khidmat untuk masyarakat

“Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak akan senang hati jika tidak melakukannya dengan baik.”

Jelas beliau lagi, jumlah pendapatannya itu dikira sebagai sederhana kerana bagi ahli seorang Parlimen, beliau perlu menyampaikan pelbagai bantuan kepada penduduk.

[fbcomments]