Sejak kebelakangan ini, telah muncul spekulasi yang mendakwa kononnya pelakon Sharifah Skakinah yang telah bercerai dengan suami Afif Adha Jamil itu telah pun selamat bernikah dengan seorang jurulatih kecergasan dari Sweden yang dikenali sebagai Michael Hansen.


Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian para netizen.

Evening fun

Michael menerusi Instagram miliknya telah memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan.

Evening fun (finally a pool to swim in)

Rasanya dah nikah

Tak dinafikan ramai juga yang komen di entri tersebut yang menyangka pasangan itu sudah bernikah.


“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya.

“Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang netizen.

“Jangan mengundang fitnah,” tegur salah seorang warga maya.

Already

Dalam banyak-banyak komen, nampaknya Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon tersebut seolah-olah mengiyakan.

“Maried bro,” pinta salah seorang netizen.

Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.

Dengan jawapan yang diberikan itu, ramai juga pengikut yang terkejut dan ada tak tinggal juga yang megucapkan tahniah.

Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu…

Sumpah tak tahu dia dah berkahwin

Namun walau bagaimanapun, kakak kepada Sakinah iaitu Sharifah Shahira yang juga merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio mengakui tidak tahu menahu mengenai dakwaan adiknya itu sudah berkahwin seperti yang diperkatakan.

Malah Sharifah Shahira termasuk anggota keluarga yang lain juga tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda.

Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke…

Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.

Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.

Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je.

[fbcomments]