Seorang pemuda berusia 40an telah memukul bapanya menggunakan sebatang cangkul sehingga cedera parah. Kejadian berlaku di Kampung Cina Sungai Durian, Teluk Intan.
Mangsa yang berusia 69 tahun mengalami patah tulang dan terkehel siku kanan selain menerima 15 jahitan pada lengan kanan dan kepala akibat kejadian tersebut.
Perselisihan berkaitan tanaman pokok
Siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah kerana perselisihan faham di antara suspek dan mangsa berkaitan tanaman pokok.
Mangsa mendakwa dipukul suspek berusia 40 tahun dengan batang cangkul kerana berlaku perselisihan faham mengenai pokok yang ditanam mangsa.
Suspek tidak mahu mangsa menanam pokok nangka di kawasan tanah miliknya itu sebelum bertindak agresif.
Selepas kejadian, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah itu terus bergegas menaiki motosikal sendirian ke klinik bagi mendapatkan rawatan sebelum dilihat oleh orang awam.
Mempunyai rekod kesalahan lampau
Mangsa meminta bantuan daripada orang ramai yang terus menghubungi pihak ambulan sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.
Tambah Anuar, suspek yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah seorang penganggur yang tinggal bersendirian di sebuah rumah di lokasi kejadian.
Siasatan lanjut polis mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dalam jenayah dan dadah.