Kebiasaannya, selalu kita lihat seseorang akan membantu mereka yang kurang upaya untuk melintas jalan dengan memimpin tangannya. Namun berbeza dengan kisah ini, apabila seorang pemandu van telah bertindak keluar dari kenderaan dan menggondong seorang warga emas yang sedang melintas jalan.

Ketika lampu isyarat bertukar warna merah, pemandu van kurier DHL, telah bertindak keluar dari kenderaannya untuk menolong seorang warga emas yang kelihatan sukar untuk melintas jalan seorang diri. Tanpa diduga, lelaki itu telah menggendong warga emas tersebut.

Tidak sedar dirakam

Tanpa disedari, kejadian itu telah dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya, H.Leonardi.

Menurut H.Leonardi, kejadian tersebut berlaku semasa keadaan lalu lintas tengah sesak. Ketika lampu trafik berwarna hijau, kereta di sebelahnya tiba-tiba berhenti dan membuatkan dirinya tertanya-tanya.

Dia berasa begitu tersentuh dengan momen tersebut, malah merasakan kebaikan yang telah ditonjolkan itu merupakan satu sifat kemanusiaan yang patut ada dalam setiap insan.

[fbcomments]