Mengorbankan adalah sesuatu yang perit bagi semua orang tetapi berkorban juga menandakan tanda sayang kepada seseorang, mahupun kepada haiwan.

Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang pemuda memuat naik satu video tentang lembu yang dipanggil Si Itam, menjuraikan air matanya kerana dia tahu dia bakal diqurbankan tidak lama lagi.

Qurban Kan Apa Yang Kita Sayang

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh pemuda yang dikenali sebagai Shukri Zainal di laman TikTok, ia telah meraih perhatian netizen. Berdasarkan isi video tersebut, ia memaparkan seekor lembu yang bernama Itam menitiskan air mata sambil dipujuk kata-kata yang dikeluarkan oleh Shukri sempena ibadah Qurban.

“Tam, dah jangan sedih sedih. InsyaAllah kita jumpa di sana nanti. Dah pandang sini… Tam, Tam.. pandang sini, jangan sedih sedih”, kata-kata pujukan Shuk kepada lembu peliharaannya itu.

@shukzainal22

Alhamdulillah selesai Majlis Ibadah Qurban Masjid Felda Bukit Cherakah. Terima kasih kepada semua yang terlibat. #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda

♬ original sound – SHUKRI ZAINAL – SHUKRI ZAINAL

Terima Kasih Kepada Yang Terlibat

Video yang telah meraih sebanyak 2.5 juta tontonan bersama 246.8 ribu likes itu telah membawa netizen menghujani ruangan komen sambil mengeluarkan kata-kata sedih terhadap content yang dibuat itu.

Menurut Shukri lagi, ibadah Qurban yang sebenar adalah dengan membenarkan dirinya mengorbankan apa yang kita sayang kerana disitulah kita belajar erti menghadapi ujian. “Qurban yang terbaik adalah qurban kan apa yang kita sayang. Semoga Allah terima segala amalan kita”, luahnya di ruangan kapsyen.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen video Shukri, kesemua netizen memberikan reaksi yang sama iaitu mereka turut bersedih melihat si Itam kelihatan sayu sambil mengalirkan air mata.

Kredit: TikTok Shukri Zainal

[fbcomments]