Pelakon Hafidz Roshdi mendakwa isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri pernah meminta izin untuk menggugurkan kandungannya. Berbeza dengan kenyataan Shuhada yang menyatakan keguguran anak ketiga mereka yang berusia 14 minggu itu adalah secara alami ketika sedang menunaikan solat subuh, Hafidz memberitahu telah membuat laporan polis bagi siasatan dijalankan.
Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mendakwa Shuhada ada menghantar mesej pesanan di WhatsApp memaklumkan dia hamil dan mahu menggugurkan kandungan tersebut.
Hafidz yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Selasa mengatakan dia sedih bila mengetahui perkara tersebut dan menghalang Shuhada daripada meneruskan perkara tersebut.
“Dalam kiriman WhatsApp, Nurul Shuhada memberitahu dia mahu menggugurkan kandungan. Jadi, saya buat laporan polis berkaitan perkara itu.”
“Saya tak setuju Nurul Shuhada gugurkan kandungan. Saya sudah menghalangnya dan cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik sebab saya akan bertanggungjawab”
Minta kos menggugurkan
“Nurul Shuhada minta saya duit untuk kos pengguguran. Saya tak tahu sebab tiada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu.”
Peguam Syarie yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada peguam Nurul Shuhada sebelum berita keguguran tular.
“Kami sudah menulis kepada peguam defendan serta merta selepas Hafidz menerima kiriman WhatsApp daripada defendan mengenai hasrat menggugurkan kandungan.
“Kami hantar surat pada 7 April lalu dan kata Shuhada tarikh gugurkan kandungan yang sudah ditetapkan pada 8 April lalu.
“Hafidz kemudiannya membuat laporan polis pertama, mengatakan bahawa dia menerima kiriman mesej isterinya dan tidak bersetuju dengan cadangan menggugurkan kandungan.
“Apabila mendapat tahu berita Shuhada keguguran sekitar hari raya kedua, Hafidz terperanjat dan terfikir sama ada ini kebetulan atau sebaliknya.
“Jadi, Hafidz membuat satu lagi laporan polis mengatakan ini adalah satu kesalahan jenayah yang mana melakukan keguguran dengan sengaja. Kami mahu pihak polis menyiasat,” katanya.
Alasan mahu gugurkan banyak
“Alasannya, panjang. Tetapi, salah satunya mahu fokus dengan kehidupan baharu. Lagi satu, dia akui mahu membela dua cahaya mata pun sudah setengah mati, tambah pula jika ketiga.”
Pagi tadi merupakan prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap isterinya, Nurul Shuhada, bagaimananapun, mahkamah menetapkan 20 Jun sebagai tarikh baru untuk prosiding seterusnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.