Isu dakwaan penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta yang kini hangat diperkatakan mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman.
Beliau tampil menyuarakan rasa marah dan kecewa terhadap pihak yang dipercayai terlibat dalam perbuatan tersebut.
![]()
“Fakir Miskin Merayu Tak Dapat, Kaulah Puncanya!” – Aliff Syukri Kesal Isu Dana Zakat RM230 Juta
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, Aliff Syukri menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan hak golongan asnaf dan fakir miskin yang sepatutnya menerima bantuan. Menurutnya, ada individu yang benar-benar memerlukan tetapi tidak mendapat bantuan dan situasi itu didakwa berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pihak.
Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan kebimbangan bahawa insiden tersebut boleh memberi kesan kepada institusi zakat secara keseluruhan. Katanya, walaupun kesalahan dilakukan oleh individu tertentu, persepsi masyarakat mungkin akan terjejas sehingga menimbulkan rasa ragu terhadap badan pengurusan zakat.
![]()
Aliff Syukri turut meluahkan rasa terkilan sebagai pembayar zakat yang selama ini berusaha keras mencari rezeki sebelum menunaikan tanggungjawabnya. Beliau menegaskan bahawa sumbangan yang diberikan adalah dengan harapan ia dapat membantu golongan yang memerlukan, bukan disalahgunakan.
Untuk rekod, beliau merupakan antara penyumbang zakat terbesar bagi tahun 2025 apabila menyalurkan sebanyak RM2 juta melalui syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd kepada Lembaga Zakat Selangor.
![]()
Terdahulu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat tersebut.
Kredit: Threads aliffsyukriterlajaklaris