Seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman video di TikTok memaparkan dia memakai jaket keselamatan (vest) serta topi keledar yang mempunyai lambang rasmi Polis Diraja Malaysia tanpa kebenaran.
@malaysiatribune Menyamar jadi Polis Demi Konten,Dipersoal Etika Demi Konten #malaysiatribune #beritasemasa #pdrm
♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music
Pakai Ves Polis Tanpa Izin, Lelaki TikTok Ditahan di Subang Jaya
Video tersebut dipercayai dirakam pada 17 April lalu untuk tujuan kandungan media sosial sebelum ia tular dan menarik perhatian orang ramai. Perbuatan itu mencetuskan kebimbangan kerana penggunaan peralatan rasmi polis secara tidak sah boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
Susulan penyebaran video berkenaan, pihak polis menerima maklumat pada Rabu sebelum menahan suspek di kawasan USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar memaklumkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu kini ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana penggunaan pakaian atau peralatan polis tanpa kebenaran, selain turut merangkumi Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![]()
Dalam pada itu, semakan mendapati suspek merupakan seorang pencipta kandungan aktif di TikTok dengan jumlah pengikut melebihi 560,000 orang. Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan menegaskan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bagi membantu siasatan.
Kredit: Harian Metro