Seorang banduan warga Pakistan yang sebelum ini melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu akhirnya berjaya diberkas semula oleh pihak berkuasa dalam satu operasi sekitar jam 5 petang Sabtu.

Banduan Lolos Dari Penjara Sungai Buloh Berjaya Diberkas Semula

Suspek ditahan di kawasan Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama hasil tindakan bersepadu yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar memaklumkan bahawa kejayaan tangkapan itu merupakan hasil usaha berterusan bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.

“Sehubungan itu, Polis Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan itu berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya ringkas.

Terdahulu, lelaki terbabit diburu selepas meloloskan diri ketika dalam tahanan reman dan berdepan beberapa pertuduhan serius termasuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta imigresen.

Sepanjang tempoh pencarian, orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada sehingga suspek berjaya ditahan semula.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]